Letshanaa bermula langkah kanan di bumi Jerman

Letshanaa bermula langkah kanan di bumi Jerman

Letshanaa bermula langkah kanan di bumi Jerman
LALUAN getir menanti Letshanaa di pusingan kedua Terbuka Hylo. -FOTO AFP

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa tidak mengecewakan apabila berjaya menempah tiket ke pusingan kedua Terbuka Hylo 2025 di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.

Beraksi di Arena Tertutup Saarlandhalle, pemain ranking ke-45 dunia itu tampil garang untuk menundukkan wakil Taiwan, Huang Ching Ping menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-15 dalam masa 34 minit.

Kemenangan itu juga mengekalkan rekod sempurna Letshanaa ke atas lawan sama selepas turut menewaskannya pada pertemuan pertama di Terbuka Korea 2023.

Biarpun melangkah bermula dengan langkah kanan, cabaran lebih getir menanti pemain berusia 20 tahun itu apabila bakal berdepan pemenang antara pilihan kedua dari Denmark, Mia Blichfeldt atau pemain Ukraine, Yevheniia Kantemyr bagi perebutan tiket ke suku akhir esok.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa perseorangan lelaki profesional negara, Jacky Kok apabila tersingkir selepas tewas 19-21, 18-21 kepada pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen.

Turut menerima nasib sama, gandingan beregu lelaki profesional, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang terpaksa akur dengan kekalahan 16-21, 22-24 di tangan pasangan pilihan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

 

Letshanaa bermula langkah kanan di bumi Jerman

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker