Guan Eng jamin ahli perniagaan dapat tanah lot di Bandar Tanjung Pinang – Saksi
Guan Eng jamin ahli perniagaan dapat tanah lot di Bandar Tanjung Pinang – Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan jaminan kepada ahli perniagaan mendiang Datuk Ewe Swee Kheng bahawa syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd (EZSB) miliknya akan mendapat tanah Lot 702 yang terletak di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang untuk dibangunkan.
Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli, 33, berkata susulan jaminan terbabit, Ewe membiayai syarikat Consortium Zenith Bejing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG) sejak 2013, sedangkan tanah Lot 702 itu hanya dipindah milik kepada CZBUCG pada 2015.
“Berdasarkan perjanjian awal ditandatangani Kerajaan Negeri dan Pengerusi CZBUCG Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli pada 6 Oktober 2013, CZBUCG mengadakan kerjasama dengan EZSB untuk membangunkan tanah terbabit.
“Siasatan menunjukkan Ewe membiayai CZBUCG sejak 2013 sedangkan tanah hanya dipindah milik kepada CZBUCG pada 2015,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah Lim membabitkan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Zulhilmi yang juga pegawai penyiasat kes berkata urus niaga berkenaan jelas tidak masuk akal namun ia terjadi kerana Ewe diberikan jaminan oleh tertuduh bahawa beliau akan mendapat Lot 702.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Dalam satu rakaman percakapan pada 14 Ogos 2021, Ewe mendedahkan secara terperinci berkaitan pertemuan awal dengan YB Lim serta pakatan yang dibuat bersama ahli politik itu dalam memastikan beliau mendapat tanah Lot 702 itu.
“Saya dapati keterangan Ewe ini disokong oleh keterangan Zarul Ahmad berhubung wujudnya persetujuan bersama YB Lim, yang pada akhirnya, tanah Lot 702 terbabit sememangnya dipindah milik kepada syarikat Ewe,” katanya.
Menurut Zulhilmi, berdasarkan perjanjian tambahan ditandatangani pada 27 Februari 2014, syarikat milik Ewe telah membuat pembayaran berjumlah RM26.6 juta kepada CZBUCG manakala baki pembayaran sebanyak RM53.2 juta dibuat menggunakan pinjaman dari sebuah bank.
“Bayaran ini dilihat suatu tindakan berani oleh Ewe memandangkan pada masa tersebut tanah Lot 702 belum lagi dipindah milik kepada CZBUCG dan ini jelas menunjukkan Ewe berani mengambil tindakan berkenaan kerana telah diberi jaminan oleh YB Lim.
“Ini lebih menguatkan kepercayaan saya terhadap keterangan Ewe bahawa jumlah yang diterima ini bukanlah suatu jumlah sedikit sehingga mendiang berani memberikan wang kepada CZBUCG sekiranya tiada sebarang jaminan dari tertuduh,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Ewe meninggal dunia pada Oktober 2021 selepas ditemukan di bahagian bawah sebuah kondominium, di Pulau Pinang.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara jam 12.30 tengah malam dan 2 pagi, Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan kes di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
Guan Eng jamin ahli perniagaan dapat tanah lot di Bandar Tanjung Pinang – Saksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
				



You must be logged in to post a comment.