Benteng Arsenal makin kebal dengan sentuhan Hincapie

Benteng Arsenal makin kebal dengan sentuhan Hincapie

Benteng Arsenal makin kebal dengan sentuhan Hincapie
HINCAPIE jadi taruhan Arteta. -FOTO AFP

London: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan benteng pertahanan The Gunners bakal menjadi lebih kukuh apabila beliau mula menyenaraikan Piero Hincapie dalam kesebelasan utama pasukannya.

Pemain antarabangsa Ecuador itu melalui permulaan yang mengecewakan sejak berhijrah dari Bayer Leverkusen pada penghujung jendela perpindahan musim panas lalu.

Kecederaan pangkal paha serta prestasi cemerlang Riccardo Calafiori dan pemain pelapisnya Myles Lewis-Skelly menyebabkan Hincapie hanya sempat membuat dua penampilan singkat sebagai pemain gantian setakat ini.

Namun, aksi Piala Carabao pagi esok memberi peluang kepada Arteta untuk melakukan rombakan skuad dan menurunkan pemain yang disifatkannya mampu “meningkatkan tahap permainan pasukan.”

“Dia seorang pejuang. Hincapie akan membawa intensiti, kekuatan fizikal dan emosi tinggi dalam pasukan,” kata Arteta menjelang pertemuan menentang Brighton, malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Dia memiliki kualiti hebat ketika mengawal bola, sangat bersemangat, dan mampu bermain di posisi tengah mahupun sayap. Sekarang kami perlu memantapkan tahap kecergasannya, kerana apabila dia berada di prestasi fizikal terbaik, dia akan menaikkan lagi tahap keseluruhan pasukan.”

Hincapie bukan satu-satunya pemain baharu Arsenal yang terpaksa menunggu peluang daripada bangku simpanan pada awal musim ini.

Penjaga gol Kepa Arrizabalaga, yang dipinjam dari Chelsea, turut sukar menembusi kesebelasan utama selepas rakan senegaranya, David Raya, menampilkan aksi hampir sempurna dengan beberapa perlawanan tanpa bolos.

Walaupun sering menjadi pilihan kedua, Arteta tetap memuji sikap profesional dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh Kepa.

“Saya tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada mana-mana pemain. Mereka perlu membuktikan kemampuan sendiri,” jelas Arteta.

“David [Raya] sudah menunjukkan prestasi luar biasa bersama kami sejak beberapa musim lalu, dan Kepa tahu perkara itu ketika menyertai pasukan. Namun dia sentiasa bersedia untuk bersaing.

“Jika saya perlu menonjolkan contoh terbaik dalam bilik persalinan, dari segi sikap dan budaya kerja, Kepa mungkin yang nombor satu.”

 

Benteng Arsenal makin kebal dengan sentuhan Hincapie

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker