Bayi 9 bulan maut kemalangan empat kenderaan di Setiu
Bayi 9 bulan maut kemalangan empat kenderaan di Setiu

BANDAR PERMAISURI: Bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 79 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Bukit Grebar, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata mangsa, Nur Athiya Inara Isnorizal, yang cedera di kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu 8.09 malam tadi.
Beliau berkata pada jam 10.27 pagi semalam, polis menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan dua kereta jenis Honda Accord dan dua Perodua Axia.
“Ketika kemalangan, mangsa berada di riba ibunya, Nur Azzahra Manaf, 25, di kerusi penumpang hadapan dalam kenderaan Perodua Axia dipandu bapanya, Isnorizal Ismail, 25.
“Bapa mangsa cedera pada kaki kiri sementara ibunya bengkak pada bibir dan tangan kiri, manakala empat pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zain berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu bapa mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan hilang kawalan di lokasi kejadian, sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lagi Perodua Axia yang sedang berhenti untuk masuk ke simpang sebelah kanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Akibat pelanggaran berkenaan, kedua-dua Perodua Axia itu berpusing dan dilanggar sebuah Honda Accord yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta itu hilang kawalan ke sebelah kiri jalan lalu melanggar sebuah lagi Honda Accord yang sedang diletakkan di kaki lima jalan.
“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Setiu sebelum bayi berkenaan dipindahkan ke HSNZ,” katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bayi 9 bulan maut kemalangan empat kenderaan di Setiu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.