Sherry kongsi impian lama mahu jadi pensyarah

Sherry kongsi impian lama mahu jadi pensyarah

Sherry kongsi impian lama mahu jadi pensyarah
DI sebalik tawa dan gelak pentas hiburan, Sherry simpan hasrat besar mahu berbakti sebagai pensyarah. – FOTO Arkib NSTP

Meskipun sudah membina nama kukuh dalam industri seni sebagai pengacara program hiburan dan anugerah berprestij, minat dan kecenderungan Sherry Alhadad sebenarnya mahu bergelar pensyarah.

Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 41, berkata, kerjaya tenaga pengajar ini adalah peringkat paling tinggi dalam karier dan bidang yang mahu diceburinya.

“Kalau orang tanya ‘passion’ saya sebenarnya ialah nak mengajar. Manakala, berlakon atau mengacara sudah jatuh di peringkat kedua dan ketiga.

“Memang ramai pihak yang tawarkan saya untuk buat bengkel atau kelas lakonan sebelum ini, tapi tiada kelapangan.

“Namun, saya sukar menolak tawaran dari penganjur newLENscape untuk menjayakan program Bengkel Lakonan House Of Talent: Dari Skrip ke FYP selepas tujuh tahun tidak mengajar,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Bengkel lakonan selama tiga hari itu membabitkan 23 peserta anjuran newLENscape dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Oktober lalu.

Hadir sama, penganjur bengkel dari newLENscape iaitu Roslen Fadzil.

Sherry berkata, dia perlu membuat persiapan rapi kerana sudah lama tidak menjadi tenaga pengajar membabitkan bengkel atau kelas lakonan.

“Cuma bila nak kembali mengajar ini, saya kena ‘refresh’ apa yang dipelajari dan dipraktikkan dulu termasuk buka semula tesis kerana otak pun sudah ‘berkarat’.

“Mujur dengan bantuan teknologi sekarang, segalanya menjadi mudah. Contohnya, saya dapat lihat semula permainan yang kita buat untuk fokus dalam kelas teater dulu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Berkongsi cabaran pula, kata Sherry, dia perlu memastikan ilmu yang dikongsikan kepada peserta bengkel relevan dengan keperluan sekarang.

“Saya menganggap tawaran buat bengkel ini sebagai proses untuk menilai semula kekurangan dalam segmen atau aktiviti dijayakan.

“Sebagai tenaga pengajar, saya juga ada penilaian terhadap diri sendiri. Contohnya, adakah permainan yang diadakan dapat capai matlamat program?

“Adakah peserta bengkel faham dengan penjelasan diberikan dalam bengkel berkenaan,” katanya.

Sherry kongsi impian lama mahu jadi pensyarah

Sherry kongsi impian lama mahu jadi pensyarah
SHERRY bersama Roslen dan peserta bengkel House of Talent : Dari Skrip ke FYP.

Bagaimanapun, kata Sherry, dia juga berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pelakon mahupun pengacara dalam bengkel dijayakan.

“Mungkin saya kekurangan dari segi teori kerana sudah lama tidak mengajar, tapi saya masih aktif dalam industri seni sebagai pelakon dan pengacara. Kelebihan itu membantu mematangkan diri ini sebagai tenaga pengajar.

“Maklumlah, saya sudah melalui dua proses pembelajaran iaitu dari segi silibus akademik dan satu lagi dalam lapangan pekerjaan. Jadi, saya boleh kongsi dua pengalaman itu dengan peserta bengkel,” katanya.

Rancang sambung pengajian

Sementara itu, mengulas perancangan masa depan, kata Sherry, dia juga mahu menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana apabila tiba masa bersesuaian.

“Ramai rakan yang beri galakan untuk saya sambung belajar peringkat sarjana, tetapi dalam bidang akademik dan bukan teater. Contohnya, sambung jurusan pendidikan di Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjadi pensyarah.

“Pada masa sama, ada beberapa rakan yang sambung belajar juga beritahu perkara itu tidak sukar dilakukan kerana kelas sarjana hanya dua kali seminggu.

“Tapi, buat masa ini, saya mahu fokus pada kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dahulu kerana tidak mahu ada tekanan,” katanya.

Mengimbas latar akademiknya, Sherry pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater.

Sherry juga pernah beraksi dalam bidang teater yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung dan memegang watak utama sebagai Nyonya dalam Mak Dara Nyonya (2011) dan Nyonya & The Gang (2012).

 

Sherry kongsi impian lama mahu jadi pensyarah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker