Polis rampas ganja lebih setengah juta ringgit dalam serbuan di Jalan Klang Lama
Polis rampas ganja lebih setengah juta ringgit dalam serbuan di Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR: Pasangan kekasih ditahan bersama 18.5 kilogram (kg) bunga ganja dalam serbuan di kawasan parkir sebuah kondominium sekitar Jalan Klang Lama, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 47 dan wanita 56 itu disyaki aktif mengedar dadah sejak Ogos lalu.
Menurutnya, semua dadah dianggarkan bernilai RM553,500 itu dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
“Suspek adalah warga tempatan disyaki berperanan sebagai runner sindiket ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dalam serbuan ke atas sebuah kereta pada 3.20 petang, Sabtu.
“Pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Exora dinaiki pasangan itu menemui bahan disyaki bunga ganja dianggarkan seberat 18.5 kg,” katanya dalam kenyataan semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Dadah berkenaan dianggarkan boleh dibekalkan kepada kira-kira 37,000 pengguna sekitar Lembah Klang.
Siasatan mendapati modus operandi sindiket terbabit adalah menjadikan kawasan parkir sebagai lokasi menjalankan transaksi dadah.
“Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek adalah negatif, manakala semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod lampau membabitkan Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1952.
“Kedua-dua suspek direman enam hari bermula 26 hingga 31 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.
Polis rampas ganja lebih setengah juta ringgit dalam serbuan di Jalan Klang Lama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.