Pemilik kedai makan dan suami cemas disamun kumpulan lelaki berparang

Pemilik kedai makan dan suami cemas disamun kumpulan lelaki berparang

Pemilik kedai makan dan suami cemas disamun kumpulan lelaki berparang
Gambar hiasan

SHAH ALAM: Seorang pemilik kedai makan berdepan detik cemas disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan sebilah parang di kawasan Sungai Jarom, Kuala Langat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa, wanita tempatan berusia 48 tahun bersama suami berada di kedai makan miliknya.

“Tiga lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam kedai dengan memakai topeng dan bersenjatakan sebilah parang.

“Suspek kemudian mengambil tiga rantai dan dua cincin emas milik pasangan suami isteri berkenaan yang mana mereka mengalami kerugian kira-kira RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian seorang lagi suspek dipercayai menunggu dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza atau Proton Saga dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan kesemua suspek yang terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis turut menasihati orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Pemilik kedai makan dan suami cemas disamun kumpulan lelaki berparang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker