Milan sekadar seri dengan Atalanta
Milan sekadar seri dengan Atalanta

Bergamo: Harapan AC Milan untuk terus mengekori pendahulu Serie A tidak kesampaian apabila mereka sekadar mencatat keputusan 1-1 menentang Atalanta, awal pagi tadi.
Gol awal Samuele Ricci pada minit ke-4 disamakan oleh Ademola Lookman bagi tuan rumah, menyaksikan Milan kekal di tangga ketiga dengan 18 mata, tiga di belakang pendahulu Napoli, yang menang tipis 1-0 ke atas Lecce.
Pasukan tangga kedua AS Roma (juga 18 mata) dijadual menentang Parma esok, manakala Inter Milan di tempat keempat (15 mata) akan melayan kunjungan Fiorentina.
Aksi di Stadium Gewiss bermula pantas apabila sepakan penjuru Milan gagal dikeluarkan dengan baik, sebelum Ricci menyambar bola dengan rembatan separa voli yang terkena Ederson dan melantun masuk ke gawang Atalanta.
Gol itu nyata mengejutkan tuan rumah yang kemudian meningkatkan tekanan, namun percubaan Ederson berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mike Maignan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Atalanta akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 selepas Lookman mengawal bola kemas di dalam kotak penalti, menewaskan pertahanan dan melepaskan rembatan padu ke penjuru atas gol Milan.
Pada minit ke-85, Davide Zappacosta hampir memastikan kemenangan untuk Atalanta menerusi rembatan derasnya, tetapi Maignan sekali lagi menjadi penyelamat dengan aksi tangkas menepis bola keluar.
Atalanta tampil lebih agresif di penghujung permainan namun gagal mencipta peluang mutlak, memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.
Milan sekadar seri dengan Atalanta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.