Leona Terlepas Penerbangan Ke Singapura Gara-Gara Jalan Ke KLIA Ditutup
Degil Tak Dengar Cakap Ibu
Leona Terlepas Penerbangan Ke Singapura Gara-Gara Jalan Ke KLIA Ditutup

Gara-gara berdegil dan tidak mendengar nasihat ibu, pempengaruh popular Kasih Iris Leona akhirnya berdepan detik cemas apabila terlepas penerbangan ke Singapura semalam. Anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman itu mendedahkan dirinya terperangkap selama lima jam dalam kesesakan luar biasa akibat penutupan jalan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Leona, 23, berkata dia sudah keluar rumah seawal jam 7 pagi untuk penerbangan dijadualkan pada jam 11 pagi, namun tiba di lapangan terbang hanya pada jam 12 tengah hari sejam selepas pesawatnya berlepas.
“Saya keluar rumah pukul 7 pagi untuk penerbangan pukul 11 pagi, tapi saya sampai ke lapangan terbang pukul 12 tengah hari disebabkan semua jalan ditutup. Ibu saya suruh naik tren dari KL Sentral pagi tadi, tapi saya tetap berdegil. Jadi ini pengajaran untuk saya, dengarlah cakap ibu,” katanya menerusi InstaStory dengan nada berseloroh namun penuh penyesalan.
Lebih malang, Leona sempat tertidur hampir sejam dalam kesesakan panjang itu tanpa menyedari kenderaan yang dinaikinya langsung tidak bergerak.

“Saya tertidur 45 minit dan apabila buka mata, masih berada di tempat yang sama,” ujarnya.
Namun, nasibnya masih menyebelahi apabila dia sempat menukar tiket penerbangan ke jam 2 petang dan dapat berehat di ruang istirahat lapangan terbang sementara menunggu pesawat seterusnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Semuanya baik-baik saja. Saya dapat berehat di lounge sementara menunggu penerbangan berikutnya,” katanya lega.
Difahamkan, Leona ke Singapura bagi menghadiri satu majlis pelancaran produk mewah melibatkan sebuah jenama antarabangsa.

Insiden itu berlaku susulan pengumuman penutupan beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dan laluan ke KLIA bermula 23 hingga 28 Oktober 2025, bagi memberi laluan kepada persiapan dan pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN SUMMIT ke-47.
Bagi Leona, kejadian ini mungkin bukan sekadar insiden terlepas penerbangan tetapi pengajaran paling bermakna tentang erti mendengar kata ibu yang ternyata lebih arif dalam setiap situasi.
Leona Terlepas Penerbangan Ke Singapura Gara-Gara Jalan Ke KLIA Ditutup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.