Lelaki mabuk, bawah pengaruh dadah ditahan kes perbuatan khianat di kuil
Lelaki mabuk, bawah pengaruh dadah ditahan kes perbuatan khianat di kuil

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan perbuatan khianat di sebuah rumah ibadat di Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek berusia 35 tahun itu dipercayai mabuk dan berada bawah pengaruh dadah ketika kejadian.
Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika pengadu yang juga seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang bertugas mengawal keselamatan di kawasan kuil terbabit.
“Pengadu mendakwa terdengar kekecohan di sebuah restoran dalam kawasan kuil itu sebelum mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan dipercayai mabuk dan bercakap sendiri.
“Apabila diminta beredar, suspek didakwa bertindak agresif dengan menolak tempat pembakaran colok sehingga abu colok bertaburan di lantai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Mohd Azam berkata, pengadu kemudian menahan lelaki itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan kesalahan berkaitan dadah.
“Hasil ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian ketika berada bawah pengaruh dadah dan alkohol,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Katanya, permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.
Lelaki mabuk, bawah pengaruh dadah ditahan kes perbuatan khianat di kuil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.