Juruelektrik rugi lebih RM100,000 diperdaya ‘pegawai polis’
Juruelektrik rugi lebih RM100,000 diperdaya ‘pegawai polis’

MUAR: Seorang juruelektrik kerugian RM118,400 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki menyamar pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa lelaki berusia 53 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu mengaku pegawai polis pada 1 Oktober lalu, mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram serta rasuah di Sabah.
Beliau berkata, mangsa turut diarahkan membuka akaun baharu di sebuah bank dan perlu didaftarkan dengan nombor telefon yang diberikan suspek supaya boleh diakses dengan alasan untuk siasatan.
“Mangsa juga diminta memindahkan kesemua wang simpanannya ke akaun berkenaan. Sebaik mangsa melakukan semakan ke akaun baharu miliknya semalam, jumlah wang sepatutnya masih ada telah lesap dan dipindah keluar tanpa pengetahuan berjumlah RM118,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Raiz Mukhliz meminta orang ramai supaya membuat semakan nombor telefon dan akaun bank melalui portal Semak Mule di semakmule.rmp.gov.my. sebelum membuat transaksi dalam talian.
Juruelektrik rugi lebih RM100,000 diperdaya ‘pegawai polis’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.