Isteri hantar sepanduk sindir kekasih gelap suami
Isteri hantar sepanduk sindir kekasih gelap suami

JAKARTA – Seorang wanita di Medan, wilayah Sumatera Utara nekad melakukan tindakan luar biasa selepas mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang meskipun mereka baru setahun mendirikan rumah tangga, lapor laman berita SerambiNews semalam.
Wanita tersebut menghantar dua sepanduk khas kepada seorang pelajar universiti jurusan perubatan yang didakwa menjadi kekasih gelap suaminya.
Dalam satu video tular di platform TikTok, kelihatan dua sepanduk bunga diletakkan bersebelahan tulisan berupa sindiran tajam yang ditujukan kepada seorang wanita bernama Sarah Wanda Nainggolan.
Difahamkan, sepanduk itu dihantar semasa majlis konvokesyen pelajar tersebut berlangsung.
“Tahniah Doktor Sarah Wanda Nainggolan. Doktor hanya gelaran, tetapi gelaran sebenar anda adalah perampas suami orang,” demikian menurut salah satu ayat pada sepanduk tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Wanita itu juga memberitahu bahawa dia sudah berkali-kali mengingatkan pelajar tersebut agar menjauhi suaminya.
Namun, disebabkan peringatannya tidak dihiraukan, dia akhirnya memilih untuk mengirim sepanduk itu sebagai amaran keras.
Ramai yang meluahkan rasa simpati dengan si isteri, namun sebahagian lain berpendapat bahawa suaminya turut patut dipersalahkan. – AGENSI
Isteri hantar sepanduk sindir kekasih gelap suami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.