Dortmund singkir Frankfurt menerusi penentuan penalti

Dortmund singkir Frankfurt menerusi penentuan penalti

Dortmund singkir Frankfurt menerusi penentuan penalti
PEMAIN Dortmund meraikan kejayaan mengalahkan Frankfurt. FOTO AFP

Frankfurt: Borussia Dortmund melangkah ke pusingan ketiga Piala Jerman (DFB-Pokal) selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 4-2 menerusi penentuan penalti, apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar di Frankfurt, awal pagi tadi.

Dalam penentuan sepakan penalti, Dortmund tidak melakukan sebarang kesilapan apabila Fabio Silva, Niklas Suele, Carney Chukwuemeka dan Felix Nmecha semuanya berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing.

Sebaliknya, dua pemain Frankfurt, Ritsu Doan dan Fares Chaibi, gagal menyempurnakan sepakan, Doan menendang bola terlalu tinggi manakala Chaibi pula diselamatkan penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel, sekali gus memastikan kemenangan untuk pelawat.

Tuan rumah mendahului seawal minit ke-7 apabila bekas pemain Dortmund, Mario Goetze, melakukan hantaran cantik menembusi benteng pertahanan untuk disempurnakan Ansgar Knauff bagi membuka jaringan.

Dortmund menyamakan kedudukan tiga minit selepas separuh masa kedua bermula apabila Julian Brandt menolak masuk hantaran lintang Julian Ryerson dari jarak dekat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Frankfurt hampir memastikan kemenangan pada masa tambahan apabila Jonathan Burkardt menjaringkan gol pada minit ke-115, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.

“Kami ada penjaga gol yang menakjubkan dan barisan pengambil penalti yang tenang. Rasanya sangat bagus,” kata Brandt kepada wartawan selepas perlawanan.

Kemenangan ini mengimbau kenangan final Piala Jerman 2017 antara kedua-dua pasukan, yang juga dimenangi Dortmund 2-1.

Dalam aksi lain, RB Leipzig mara bergaya selepas menewaskan Energie Cottbus 4-1, hasil dua gol masing-masing daripada Johan Bakayoko dan Christoph Baumgartner.

Sementara itu, Bochum menewaskan Augsburg 1-0 di tempat lawan, Borussia Moenchengladbach menang 3-1 ke atas Karlsruhe, Hertha Berlin menumpaskan Elversberg 3-0, Hamburg menang 1-0 ke atas Heidenheim, manakala Holstein Kiel mengejutkan Wolfsburg 1-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Aksi Piala Jerman diteruskan malam ini dengan Bayern Munich, juara 20 kali, bertandang ke Cologne, manakala penyandang juara Stuttgart bakal berdepan Mainz.

 

Dortmund singkir Frankfurt menerusi penentuan penalti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker