Cucu Trump bakal buat penampilan sulung di Jelajah LPGA
Cucu Trump bakal buat penampilan sulung di Jelajah LPGA

Los Angeles: Kai Trump, cucu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, Donald Trump, bakal membuat penampilan sulung dalam siri Jelajah LPGA selepas menerima jemputan khas penaja untuk beraksi dalam kejohanan The ANNIKA at Pelican, yang akan berlangsung dari 13 hingga 16 November di Pelican Golf Club, Florida.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang juga pelajar sekolah menengah dan anak sulung kepada Donald Trump Jr, menyifatkan peluang ini sebagai impian yang menjadi kenyataan.
“Impian saya adalah untuk bersaing dengan pemain terbaik dunia di Jelajah LPGA. Kejohanan ini akan menjadi pengalaman yang luar biasa,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi LPGA.
“Saya tidak sabar untuk bertemu dan bermain menentang ramai idola serta mentor saya dalam dunia golf apabila saya membuat penampilan sulung ini.”
Kai kini berada di ranking ke-461 dalam senarai Persatuan Golf Remaja Amerika (AJGA) dan sudah komited untuk bermain golf di peringkat kolej bersama Universiti Miami.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Selain bakatnya di padang golf, Kai juga dikenali kerana pengaruh besar di media sosial, dengan jutaan pengikut di pelbagai platform.
Kejohanan bernilai AS$3.25 juta (RM15.4 juta) itu adalah acara kedua terakhir musim LPGA, sebelum berakhir dengan Tour Championship di Naples, Florida (20–23 November).
Edisi 2024 sebelum ini dimenangi bintang AS, Nelly Korda.
Selain Kai, dua lagi jemputan khas turut diberikan kepada pemain universiti, iaitu Anne Sterre den Dunnen (Universiti Wake Forest, Belanda) dan Lauryn Nguyen (Universiti Northwestern, AS).
Pegawai Eksekutif Bahagian Operasi dan Perniagaan LPGA, Ricki Lasky, berkata, jemputan khas seperti ini penting untuk memberi pendedahan kepada bakat muda dan menarik minat peminat baharu kepada sukan golf wanita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Kai mempunyai pengaruh yang besar dan berjaya memperkenalkan golf kepada golongan muda. Kami teruja melihat langkah seterusnya dalam perjalanannya, dan berbangga bekerjasama dengan rakan penganjur di Tampa Bay dalam usaha memartabatkan golf wanita di peringkat global,” katanya.
Cucu Trump bakal buat penampilan sulung di Jelajah LPGA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.