Budak 4 tahun maut dilanggar Perodua Alza dekat Surau Pak Mahat
Budak 4 tahun maut dilanggar Perodua Alza dekat Surau Pak Mahat

KUANTAN: Budak lelaki berusia empat tahun maut selepas dilanggar sebuah Perodua Alza ketika menunggang basikal berhampiran Surau Pak Mahat, Perumahan Rakyat Pak Mahat, Jalan Tanjung Lumpur di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli yang cedera parah meninggal dunia ketika dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Kemalangan membabitkan Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dan basikal yang ditunggang kanak-kanak itu pada jam 6.30 petang.
“Di tempat kejadian, ketika kenderaan itu membelok ke kiri, secara tiba-tiba tanpa disedari pemandu itu melanggar mangsa yang menunggang basikal di tengah jalan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera dan dibawa ke HTAA untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, ketika dirawat di PICU HTAA, mangsa disahkan meninggal dunia jam 2.24 pagi tadi.
Budak 4 tahun maut dilanggar Perodua Alza dekat Surau Pak Mahat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.