Aston Martin lantik Crawford sebagai pemandu simpanan baharu
Aston Martin lantik Crawford sebagai pemandu simpanan baharu

London: Pasukan Aston Martin mengumumkan pelantikan pelumba muda Amerika Syarikat, Jak Crawford, sebagai pemandu simpanan baharu mereka bagi saingan Formula Satu (F1) musim 2026, menggantikan pelumba Brazil, Felipe Drugovich.
Crawford, 20, yang kini berada di kedudukan kedua dalam kejuaraan Formula Dua (F2), akan berperanan sebagai pelapis kepada Fernando Alonso dan Lance Stroll sepanjang musim depan.
Sementara itu, Drugovich yang menyandang peranan sebagai pemandu ketiga Aston Martin sejak menjuarai F2 pada 2022, tidak pernah mendapat peluang beraksi dalam perlumbaan F1 sebenar dan kini berhijrah ke pasukan Andretti dalam kejohanan Formula E.
Crawford, yang kini memasuki tahun ketiganya dalam F2, mengumpul lebih 2,000 kilometer pengalaman dalam jentera F1, termasuk mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas Jumaat di Grand Prix Mexico minggu lalu, memandu jentera milik Stroll.
Aston Martin, yang kini berada di tangga ketujuh daripada 10 pasukan dalam kedudukan keseluruhan pengeluar, dijangka tampil lebih kompetitif musim depan selepas beralih kepada enjin Honda, selain mendapat khidmat pereka legenda Adrian Newey yang menyertai pasukan itu dari Red Bull.
Aston Martin lantik Crawford sebagai pemandu simpanan baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.