Arsenal tanpa dua tonggak utama lawan Brighton
Arsenal tanpa dua tonggak utama lawan Brighton

London: Arsenal bakal turun tanpa dua pemain utama apabila William Saliba dan Gabriel Martinelli disahkan tidak dapat beraksi menentang Brighton & Hove Albion dalam pusingan keempat Piala Liga (Carabao Cup), awal pagi esok.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan perkara itu selepas kedua-dua pemain mengalami kecederaan dalam kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace hujung minggu lalu di Stadium Emirates.
Saliba, pertahanan tengah antarabangsa Perancis, digantikan oleh Cristhian Mosquera pada separuh masa pertama, manakala Martinelli dilihat tempang selepas tamat perlawanan.
“Saliba tidak akan diturunkan (menentang Brighton). Kami masih menilai tahap kecederaannya, tetapi dia pasti tidak terlibat dalam perlawanan ini,” kata Arteta.
“Bagi Martinelli pula, nampaknya dia juga tidak sempat pulih. Kami perlu lakukan ujian lanjut untuk mengetahui sejauh mana kecederaannya, namun perlawanan ini datang terlalu awal untuknya.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Walaupun berdepan masalah kecederaan di barisan serangan, Arteta menegaskan bahawa Arsenal masih mempunyai kekuatan mendalam hasil pembelian pemain baharu musim panas lalu termasuk Viktor Gyokeres, Noni Madueke, Eberechi Eze dan Mosquera.
“Dalam bola sepak, tak ada istilah ‘relaks’. Kami akan cuba uruskan minit permainan dan beban pemain sebaik mungkin,” katanya.
“Tapi dengan beberapa penyerang seperti Gabriel Jesus, Kai Havertz, Martinelli dan Madueke masih tidak dapat beraksi, kami perlu lebih berhati-hati kerana pilihan di depan kini agak terhad.”
Arsenal, yang kini mendahului saingan Liga Perdana Inggeris dengan 22 mata daripada sembilan perlawanan, akan cuba mengekalkan momentum cemerlang mereka apabila menerima kunjungan Brighton yang berada di tangga ke-13 liga.
Kelab dari utara London itu kini mengintai peluang untuk menambah koleksi kejuaraan Piala Liga, selepas kali terakhir menjuarainya pada tahun 1993.
Arsenal tanpa dua tonggak utama lawan Brighton
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.