The Cats enggan terlalu selesa

The Cats enggan terlalu selesa

The Cats enggan terlalu selesa
REAKSI ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak (kiri) pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. FOTO GHAZALI KORI

Kuching: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan kepentingan seluruh skuadnya untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA 2025 menentang Terengganu FC esok.

Meskipun memiliki kelebihan gol di tempat lawan sebelum ini, namun skuad The Cats enggan mendabik dada, sebaliknya memberikan fokus untuk mengekalkan momentum kemenangan.

Dengan hanya dua hari untuk melakukan pemulihan selepas kempen Liga Super (Penang FC), Aidil mahu memastikan setiap pemain berada dalam keadaan segar dan bebas daripada kecederaan.

“Kita hanya ada dua hari. Dua hari untuk pulih dan kembali segar semula. Jadi kita akan maksimumkan apa yang boleh dilakukan supaya pemain tidak terlalu letih dan terdedah kepada kecederaan kerana musim masih panjang,” jelasnya.

Jurulatih dari Singapura itu turut memaklumkan bahawa beliau akan menilai tahap kecergasan pemain selepas sesi pemulihan sebelum membuat keputusan mengenai barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Selepas sesi pemulihan, baru kita akan lihat siapa yang cergas dan siapa yang tidak.

“Kita tidak mahu memaksa pemain kerana risiko kecederaan boleh berlaku dengan mudah,” tambahnya.

Kuching City akan melayan kunjungan Terengganu FC untuk aksi timbal balik di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Skuad Penyu yang tewas 1-4 pada aksi pertama memerlukan keajaiban untuk bangkit bagi meneruskan kempen Piala FA 2025.

The Cats enggan terlalu selesa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker