Tetamu majlis kahwin dapat baldi isi lauk

Tetamu majlis kahwin dapat baldi isi lauk

Tetamu majlis kahwin dapat baldi isi lauk
Tangkap layar video menunjukkan tetamu membawa pulang baldi berisi makanan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Tegal, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila memberikan tetamu baldi berisi makanan sebagai buah tangan, lapor portal berita Detik.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @aritw28 menunjukkan beberapa rakan pengantin lelaki diberikan sebuah baldi berwarna kelabu.

Lebih mengejutkan, setiap baldi itu berisi masakan khas Indonesia seperti telur, tempe, rendang dan kentang goreng sambal.

Rakaman itu mencatatkan lebih 927,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Semua tetamu mesti senyum,” kata seorang netizen.

“Buah tangan yang sangat bermanfaat!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tetamu majlis kahwin dapat baldi isi lauk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker