Serpihan konkrit jatuh dari tingkat 12 bangunan pejabat

Serpihan konkrit jatuh dari tingkat 12 bangunan pejabat

Serpihan konkrit jatuh dari tingkat 12 bangunan pejabat
Serpihan konkrit berteraburan di atas jalan selepas jatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pejabat di Bayan Baru, hari ini. – Foto ihsan bomba

BAYAN LEPAS: Serpihan konkrit setebal hampir lapan sentimeter terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pejabat di Bayan Baru di sini, hari ini.

Insiden itu bagaimanapun dilapor tidak membabitkan mangsa dan kerosakan harta yang serius.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohamad Hirman Mat Rodzi, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.21 tengah hari tadi berhubung kejadian itu.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati serpihan konkrit dinding bangunan berkenaan terjatuh ke atas laluan.

“Pasukan penyelamat kemudian melakukan ‘size up’ dan melakukan pemantauan,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Selain itu, Mohamad Hirman berkata, sekitar kawasan terjejas turut dipasang sawar-sawar dan pengungsian bangunan dilaksana bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Penghuni dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki kawasan berkenaan.

“Kawasan itu kemudian diserahkan kepada tindakan lanjut pihak penyelenggara bangunan, dan ia akan dikosongkan hingga kerja pembaikan selesai.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan, terdapat beberapa kenderaan diparkir di kawasan berhampiran dan hanya sebuah kereta mengalami kerosakan kecil.

Serpihan konkrit jatuh dari tingkat 12 bangunan pejabat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker