Remaja maut nahas tiga motosikal, dipercayai dirempuh penunggang berlumba

Remaja maut nahas tiga motosikal, dipercayai dirempuh penunggang berlumba

Remaja maut nahas tiga motosikal, dipercayai dirempuh penunggang berlumba
Foto hiasan

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut dalam nahas tiga motosikal di Kilometer 21 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150R dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di tengah jalan dalam kejadian jam 3.35 pagi itu.

“Mangsa kemudian dirempuh dua motosikal lain dari arah sama.

“Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua penunggang lain melarikan diri sejurus kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Remaja maut nahas tiga motosikal, dipercayai dirempuh penunggang berlumba

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker