Pesara rugi RM3.07 juta diperdaya pelaburan tak wujud

Pesara rugi RM3.07 juta diperdaya pelaburan tak wujud

Pesara rugi RM3.07 juta diperdaya pelaburan tak wujud
– Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak wujud secara atas talian.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata mangsa wanita berusia 62 tahun membuat laporan polis berhubung penipuan itu Jumaat lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa melihat iklan pelaburan saham di media sosial pada Julai lalu.

“Mangsa tertarik dengan iklan itu yang menjanjikan keuntungan segera dan mudah.

“Selepas itu, mangsa menekan pautan yang tertera dan berhubung dengan suspek. Dia diminta untuk memuatnaik aplikasi pelaburan di telefon pintar kononnya bagi membolehkan mangsa memantau pelaburan yang dilakukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Percaya dengan keuntungan segera dijanjikan, mangsa membuat 29 transaksi berjumlah RM3.07 juta ke enam akaun bank berbeza atas arahan suspek dari 19 Ogos hingga 15 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ab Rahaman berkata, mangsa mengesyaki diperdaya apabila gagal membuat pengeluaran wang pelaburan menerusi aplikasi yang diberikan, selain gagal menghubungi suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Pesara rugi RM3.07 juta diperdaya pelaburan tak wujud

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker