Peluang TFC masih terbuka

Peluang TFC masih terbuka

Peluang TFC masih terbuka
Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan kepentingan seluruh skuadnya

Kuala Terengganu: Pertahanan Terengganu FC (TFC), Ubaidullah Shamsul Fazili akui peluang pasukannya untuk mara ke separuh akhir Piala FA pada musim ini masih terbuka.

Bagaimanapun kapten skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) itu menegaskan pasukannya perlu menampilkan aksi yang luar biasa bagi mengelak ‘dicakar’ selain memastikan defisit tiga gol dapat diatasi dalam misi getir itu.

TFC yang tewas mengejut 1-4 kepada skuad Kuching City FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bakal membuat perhitungan kedua menentang skuad The Cats itu di Stadium Negeri Kuching, malam esok.

“Atas kertas sudah pasti laluan berliku untuk kami mara ke peringkat separuh akhir sebagaimana pencapaian pada musim lalu, namun dalam sukan ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Kami masih ada masa yang panjang iaitu 90 minit lagi, bagi kami tiada yang mustahil untuk menukar keputusan berkenaan biarpun beraksi di tempat lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Jika lawan mampu melakar kemenangan di tempat kami, kami juga idam untuk memburu kemenangan di tempat lawan, bola itu bulat, jadi peluang masih terbuka buat kami.

“Tapi kami perlu tampil dengan aksi yang lebih bertenaga dan fokus serta bekerja keras sepanjang 90 minit dengan meledak seberapa banyak jaringan, pada masa sama kami perlu bertahan dengan baik bagi mengelak pintu gol dibolosi,” kata Ubaidullah kepada NSTP.

TFC bakal membuat sedikit rombakan dan dijangka Ubaidullah atau lebih mesra dipanggil ‘Ubai’ bakal diturunkan untuk mengemudi pertahanan tengah bersama Diego Landis selepas kapten, Shahrul Nizam Ros Hasni tidak dapat diturunkan kerana mengumpul dua kad kuning.

Manakala pemain import baharu dari Myanmar, Kyaw Min Oo juga dijangka bakal diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengisi posisi tengah bersama Nurillo Tukhtasinov.

Peluang TFC masih terbuka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker