Pegawai bank didakwa 79 pertuduhan rasuah RM488,050
Pegawai bank didakwa 79 pertuduhan rasuah RM488,050

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 79 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM488,050 bagi membantu proses pinjaman peribadi pelanggan yang melebihi had kelayakan.
Tertuduh, Syed Mohd Muhaimin Syed Mohd Mashrof, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua 79 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Ketua Unit Pembiayaan di sebuah cawangan bank di Kepong, Kuala Lumpur, didakwa menerima wang rasuah itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya sebagai dorongan membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi pelanggan syarikat di bank itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 2022 hingga 2024 secara serentak dengan permohonan pinjaman pelanggan sama di beberapa institusi kewangan lain menyebabkan pelanggan terbabit memiliki beberapa pinjaman peribadi yang melebihi had kelayakan.
Semua pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin, selain diarahkan melapor diri di Pejabat SPRM terdekat setiap bulan bermula November depan.
Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur dan tarikh sebutan semula akan ditetapkan kemudian.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam, Arik Zakri Abdul Kadir.
Pegawai bank didakwa 79 pertuduhan rasuah RM488,050
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.