Liverpool sedang berdepan krisis

Liverpool sedang berdepan krisis

Liverpool sedang berdepan krisisREAKSI kecewa barisan pemain Liverpool selepas tamat perlawanan menentang Brentford. FOTO REUTERS

London: Jamie Carragher percaya ketika ini adalah ‘tempoh krisis’ buat Liverpool selepas mereka tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Liverpool tumbang 2-3 kepada Brentford , selepas sebelum ini tewas kepada Chelsea, Crystal Palace dan Manchester United.

Pengurus, Arne Slot, mengakui pasukannya masih belum menemui jawapan untuk berdepan pasukan yang menggunakan corak hantaran jauh susulan kekalahan kepada Brentford itu.

Bekas pertahanan Liverpool, Carragher, turut sependapat dengan pandangan itu dan menegaskan juara bertahan liga itu perlu memperbaiki aspek kekuatan fizikal jika mahu kembali ke prestasi sebenar.

“Empat kekalahan berturut-turut sudah dianggap bencana. Jadi apabila perkara sama berlaku kepada juara bertahan, dengan jumlah perbelanjaan besar pada musim panas lalu, ia jelas menunjukkan Liverpool kini dalam tempoh krisis.

“Akan ada banyak persoalan serius dibincangkan di bilik persalinan, antara pemain, barisan kejurulatihan serta pihak atasan kelab.

“Melihat kepada jumlah wang yang dibelanjakan, sudah tentu mereka mengharapkan keputusan yang jauh lebih baik.

“Liverpool perlu menilai semula aspek fizikal dan ketinggian pemain dalam pasukan kerana buat masa ini, saya rasa mereka masih kekurangan dalam hal itu,” katanya.

Liverpool sedang berdepan krisis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker