Lelaki ditemukan lemas di Sungai Kampung Lanchang
Lelaki ditemukan lemas di Sungai Kampung Lanchang

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki ditemukan lemas di benteng Sungai Kampung Lanchang, di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemukan jam 7.55 malam berhampiran lokasinya terjatuh.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Hamdan Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7 malam.
Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan jentera tiba jam 7.19 malam.
“Sebaik sampai, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan. Operasi pencarian peringkat awal dijalankan di permukaan sungai.
“Kita mohon bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan mangsa ditemui di lokasinya terjatuh. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Lelaki ditemukan lemas di Sungai Kampung Lanchang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.