Lebih separuh pengadil Turkiye aktif berjudi

Lebih separuh pengadil Turkiye aktif berjudi

Lebih separuh pengadil Turkiye aktif berjudi
PENGADIL cuba meredakan situasi ketegangan membabikan perlawanan antara Fenerbahce dan VfB Stuttgart di Stadium Sukru Saracoglu, Istanbul, Turkiye, baru-baru ini. FOTO REUTERS

Ankara: Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pengadil yang didapati terbabit aktiviti pertaruhan dalam perlawanan bola sepak selepas mendapat ramai daripada mereka mempunyai akaun pertaruhan.

Presiden TFF, Ibrahim Haciosmanoglu berkata, siasatan yang dijalankan oleh persekutuan itu – berdasarkan data daripada institusi kerajaan – mendedahkan bahawa 371 daripada 571 pengadil aktif dalam liga profesional Turkiye mempunyai akaun pertaruhan, dan 152 daripadanya aktif berjudi.

“Sebagai sebuah persekutuan, kami bermula dengan membersihkan ‘laman sendiri’ terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Istanbul.

“Antara mereka yang didapati mempunyai akaun pertaruhan termasuk tujuh pengadil peringkat tertinggi, 15 pembantu pengadil utama, 36 pengadil berdaftar, serta 94 pembantu berdaftar.”

Beliau mendedahkan terdapat pengadil yang membuat jumlah pertaruhan luar biasa banyak, dengan seorang daripadanya melakukan sebanyak 18,227 pertaruhan, manakala 42 pengadil lain membuat pertaruhan ke atas lebih 1,000 perlawanan bola sepak setiap seorang. Ada juga yang hanya membuat pertaruhan sekali sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Haciosmanoglu berkata Lembaga Tatatertib TFF akan mula mengambil tindakan serta-merta.

“Mereka akan dirujuk kepada lembaga tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya mengikut peraturan kami,” katanya, sambil menambah bahawa penemuan itu meliputi tempoh lima tahun di bawah undang-undang sukan Turkiye.

Di bawah Perkara 57 Kod Tatatertib TFF, mana-mana individu yang didapati bersalah membuat pertaruhan ke atas perlawanan bola sepak boleh dikenakan penggantungan antara tiga bulan hingga satu tahun daripada menjalankan tugas mengadili perlawanan atau aktiviti berkaitan bola sepak.

Lebih separuh pengadil Turkiye aktif berjudi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker