Kecoh kain kafan di tanah kubur didakwa berisi bayi
Kecoh kain kafan di tanah kubur didakwa berisi bayi

JAKARTA – Penduduk di Simpang Rimbo, wilayah Jambi terkejut apabila menemui kain kafan yang didakwa menyimpan mayat seorang bayi di sebuah tanah perkuburan, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video kejadian dimuat naik di laman sosial menunjukkan pasukan polis berada di kawasan tersebut untuk melakukan siasatan.
Beberapa pegawai polis dan anggota Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) kemudian membuka kain tersebut sambil disaksikan penduduk tempatan.
Mereka bagaimanapun terkejut apabila kain kafan itu berisi bangkai haiwan dan bukan bayi seperti yang diberitahu.
“Ia adalah bangkai ayam. Nasib baik,” demikian menurut keterangan video itu.
Ketua Polis Kota Baru, AKP Jimi tampil menjelaskan bahawa kain kafan itu berisi bangkai ayam dan bukan mayat. – AGENSI
Kecoh kain kafan di tanah kubur didakwa berisi bayi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.