‘Jutawan sampah’ ditahan semula bantu siasatan tipu urus niaga tanah – Polis
‘Jutawan sampah’ ditahan semula bantu siasatan tipu urus niaga tanah – Polis

KUALA TERENGGANU: Selepas dibebas dengan jaminan oleh Mahkamah Majistret Besut, ‘jutawan sampah’ ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urus niaga tanah.
Terdahulu, mahkamah membenarkan usahawan itu, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, diikat jamin sebanyak RM6,000 selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta Perodua Bezza
Bagaimanapun, Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairudin berkata, suspek ditangkap semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Katanya, tangkapan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes penipuan urus niaga tanah melibatkan seorang pesara guru.
“Mangsa dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM35,000 pada tahun 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun, esok bagi permohonan reman,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Katanya, polis menasihat orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam menjalankan sebarang urus niaga jual beli tanah atau hartanah.
Beliau berkata, pastikan semua transaksi dan dokumen disemak serta dilakukan melalui saluran yang sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
‘Jutawan sampah’ ditahan semula bantu siasatan tipu urus niaga tanah – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.