Che Ta Mahu Rahsiakan Wajah Bakal Menantu
Hanya Umum Ammar Effendy Nikah 2026
Che Ta Mahu Rahsiakan Wajah Bakal Menantu

Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta, 52, mengesahkan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Auni Ikhwan, pada 26 Jun 2026. Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung meriah pada 25 Oktober lalu di ruang acara Lantera Venue, Shah Alam, Selangor, yang dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan kenalan selebriti.
Berkongsi perasaan sebagai seorang ibu, Che Ta mengakui dirinya sebak mengenangkan perjalanan hidup membesarkan Ammar yang kini melangkah ke fasa baharu sebagai tunangan orang

“Rasa macam baru semalam saya melahirkan Ammar selepas menempuhi hidup berumah tangga hingga bergelar ibu tunggal. Boleh kata, dia banyak melihat suka duka saya menjalani kehidupan. Menjadi anak sulung dan abang kepada dua adiknya, dia umpama pelindung. Kini tiba masanya dia pula memulakan kehidupannya sendiri,” ujarnya penuh emosi.
Pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu juga mendedahkan bahawa keluarga kedua-dua pihak sepakat untuk tidak membiarkan fasa pertunangan berlarutan terlalu lama sebelum majlis akad nikah berlangsung. Dalam masa sama, Che Ta turut mengakui tidak melepaskan tangan dalam urusan persiapan majlis yang berkonsepkan pastel itu. Dari busana, dulang hantaran hingga ke lokasi, semuanya mendapat sentuhan dan perhatian ibu tiga anak itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Namun, menghormati kehendak keluarga pihak perempuan, Che Ta memilih untuk tidak mendedahkan wajah bakal menantunya buat masa ini.
“Macam permintaan keluarga sebelah sana juga dipenuhi termasuk tidak lagi berkongsi wajah tunangnya terlebih dahulu,” katanya dengan nada memahami.
Berkaitan dengan tempat tinggal selepas berkahwin nanti, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu bersikap terbuka dan tidak menolak kemungkinan Ammar dan Auni akan tinggal bersama mereka di rumah agamnya di Kota Damansara.
“Saya dan suami okey sahaja kalau Ammar dan Auni nak tinggal sekali selepas berkahwin. Kalau mereka selesa, saya pun tak keberatan. Bertambah meriahlah rumah nanti,” katanya sambil tersenyum.
Selain pasangan pengantin baharu, tumpuan pada majlis pertunangan itu turut terarah kepada penampilan glamor Che Ta sekeluarga yang mengenakan busana kuning rekaan Ezuwan Ismail. Tatarias oleh jurusolek terkenal Otong Danish melengkapkan lagi aura elegan aktres itu, manakala majlis dikendalikan dengan penuh meriah oleh pengacara Hunny Madu. Bacaan doa disempurnakan oleh Pencetus Ummah (PU) Amin dan dulang hantaran pula direka indah oleh Man Kajang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?

Terdahulu, foto serta video sekitar majlis pertunangan Ammar dan Auni tular di media sosial sebelum Che Ta tampil mengesahkan berita itu. Ammar, 29, yang kini bertugas sebagai pegawai di sebuah bank, memilih Auni, 26, yang bekerja dalam bidang pemasaran di ibu negara sebagai suri hatinya.
Mengakhiri perbualan, Che Ta menitipkan harapan agar Ammar dan Auni mampu menjaga hubungan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Katanya, setiap perhubungan yang diberkati Allah pasti akan membawa kebahagiaan yang abadi.
Che Ta Mahu Rahsiakan Wajah Bakal Menantu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.