‘Bungee jumping’ tanpa tali digantung operasi

‘Bungee jumping’ tanpa tali digantung operasi

‘Bungee jumping’ tanpa tali digantung operasi
Jaring itu dipasang pada ketinggian kira-kira 625 meter dari Sungai Beipen. – Oddity Central

BEIJING – Satu tarikan pelancongan menawarkan aktiviti terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ tanpa memakai tali keselamatan di China digantung operasi selepas orang ramai menyuarakan kebimbangan tentang risiko kemalangan khususnya terjatuh, lapor laman berita Oddity Central.

Tarikan itu terletak di Jambatan Ngarai Besar Huajiang, wilayah Guizhou.

Meskipun tidak dipakaikan tali, tarikan itu menyediakan jaring berwarna-warni untuk  mengelakkan pengunjung daripada jatuh ke dalam Sungai Beipan, kira-kira 625 meter di bawah jambatan.

Tindakan itu dilakukan selepas satu klip video tular menunjukkan kakitangan keselamatan menjatuhkan beg pasir seberat 45.35 kilogram dan 90.71 kilogram ke dalam jaring sebagai sebahagian daripada ujian keselamatan.

Pengunjung boleh memilih ketinggian yang mereka inginkan iaitu antara 20 hingga 50 meter dengan bayaran 1,600 yuan (RM950).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Syarikat yang mengendalikan tarikan itu tampil menjelaskan bahawa jaring tersebut direka khas untuk mengurangkan risiko terjatuh.

‘Bungee jumping’ tanpa tali digantung operasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker