Budak 6 tahun parah leher dikelar dengan pisau
Budak 6 tahun parah leher dikelar dengan pisau

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan parah selepas lehernya dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah rumah di Parit Raja, pagi tadi.
Mangsa berusia enam tahun dikelar di leher kanan dipercayai menggunakan pisau dengan kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 40 tahun pada jam 9 pagi tadi.
Beliau berkata, menurut wanita itu, dia tersedar daripada tidur dan mendapati mangsa yang juga anak lelakinya cedera parah di leher.
“Justeru, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Namun, masih terlalu awal untuk pihak polis mengenal pasti motif kejadian itu berlaku,” katanya dalam kenyataan.
Shahrulanuar berkata, polis menasihatkan orang ramai tidak menggunakan media sosial dengan membuat hantaran tanpa sebarang pengesahan pihak berkuasa.
Ini kerana, katanya, ia dikhuatiri mengganggu siasatan serta menjejaskan reputasi mana-mana pihak yang berkemungkinan disalah tafsirkan oleh orang ramai.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Dalam pada itu, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan pagi tadi.
Budak 6 tahun parah leher dikelar dengan pisau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.