Benteng pecah: Lebih 15 rumah penduduk Sungai Berong Laut dilanda banjir
Benteng pecah: Lebih 15 rumah penduduk Sungai Berong Laut dilanda banjir

BATU PAHAT: Bukan sekali tapi tujuh kali, benteng penahan ombak pecah hanya dalam tempoh lima bulan hingga menyebabkan lebih 15 rumah penduduk ditenggelami air laut di Kampung Sungai Berong Laut, Rengit, dekat sini.
Selain rumah, tanaman serta ternakan turut ditengelami air laut menyebabkan sebahagian besar penduduk hilang sumber pencarian.
Penduduk, Zainal Ahmad, 59, berkata mereka berhadapan dengan pelbagai masalah selepas benteng penahan ombak pecah sejak lima bulan lalu.
“Sejak benteng penahan ombak pecah, kami acap kali berpindah-randah kerana air laut melimpah dan memasuki rumah terutama bila air pasang.
“Selagi benteng penahan ombak tidak siap, selagi itu kami terpaksa menghadap benda macam ini (banjir). Sebelum ini, kalau air pasang sekali pun, tidaklah sampai masuk ke dalam rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Apa yang penduduk nampak, struktur benteng sedia ada sudah lama yang sepatutnya sudah dinaiktaraf.
“Kalau perkara ini berlarutan (banjir), kami nampaknya kena pindah lagi,” katanya ketika ditemui.
Seorang lagi penduduk, Norsidah Abu, 52, berkata banjir melanda kawasan rumah dan sekitarnya berlarutan sejak lima bulan lalu menyebabkan peralatan dalam rumah mengalami kerosakan.
“Saya boleh dikatakan dalam sebulan atau dua minggu sekali, mesti ada banjir disebabkan air laut masuk ke sini. Benteng penahan ombak acap kali pecah dan ini kali ketujuh dalam tempoh lima bulan.
“Kalau air tak masuk, kami tidur rumah, tapi kalau dah masuk, kami terpaksa berpindah ke pusat transit sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sempurna,” katanya memberitahu kejadian kelmarin paling teruk sejak tinggal di kampung itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar menggesa Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) segera membaiki kerosakan benteng dengan melantik kontraktor yang membuat kerja dengan berkualiti.
Beliau berkata, sebelum ini memang sudah ada tembok dipasang tetapi ia mudah pecah selepas dihempas ombak dan sudah sampai masanya kementerian memberikan pampasan sewajarnya kepada penduduk yang terjejas.
“Baru-baru ini, saya membangkitkan masalah benteng pecah ini di Parlimen. Setiap kali air pasang penduduk terpaksa berpindah manakala kebun sawit, pisang dan ternakan musnah hingga menjejaskan pendapatan,” katanya.
Benteng pecah: Lebih 15 rumah penduduk Sungai Berong Laut dilanda banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.