BAM kecam ugutan terhadap pemain negara
BAM kecam ugutan terhadap pemain negara

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen atau mesej berbaur penghinaan dan ugutan terhadap pemain badminton negara di media sosial, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, BAM menegaskan bahawa tiada ruang untuk kebencian, intimidasi atau diskriminasi dalam sukan mahupun masyarakat, sambil menegaskan keselamatan serta kebajikan atlet sentiasa menjadi keutamaan badan induk itu.
“BAM menyedari insiden kebelakangan ini membabitkan penyalahgunaan media sosial terhadap pemain negara.
“Tiada tempat untuk kebencian, ugutan atau diskriminasi dalam badminton atau dalam masyarakat. Keselamatan dan kesejahteraan atlet adalah keutamaan kami,” kata BAM dalam kenyataan berkenaan.
“Kami akan terus memantau keadaan ini dengan teliti dan memberikan sokongan kepada pemain yang memerlukan,” katanya.
“Kami akan terus memantau keadaan ini dengan teliti dan memberikan sokongan kepada pemain yang memerlukan,” katanya.
BAM kecam ugutan terhadap pemain negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.