Van de Ven wira Spurs benam Everton 3-0

Van de Ven wira Spurs benam Everton 3-0

Van de Ven wira Spurs benam Everton 3-0
Tanggungjawab sebagai pelakon bukan hanya memerlukan komitmen besar dalam menterjemahkan

Liverpool: Pertahanan Belanda, Micky van de Ven menjadi wira Tottenham Hotspur apabila dua jaringannya membantu pasukan itu membenam Everton 3-0, sekali gus naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan di Stadium Hill Dickinson itu menamatkan rekod tanpa kalah Everton di gelanggang baharu mereka selepas lima perlawanan, manakala Spurs kendalian Thomas Frank menebus kekecewaan aksi hambar di pentas Eropah pertengahan minggu lalu.

“Itu sesuatu yang gila. Saya tak pernah jaring dua gol dalam satu perlawanan. Ia satu perasaan luar biasa,” kata Van de Ven gembira selepas perlawanan.

Tottenham, yang bergelut dalam aksi di laman sendiri sepanjang musim ini, kini muncul pasukan dengan kutipan mata tempat lawan tertinggi liga.

Walaupun aksi mereka sering dikritik kurang menarik, sentuhan taktikal Frank yang menekankan disiplin dan kekuatan set piece terbukti menjadi formula kemenangan malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Gol pertama Spurs hadir pada minit ke-19 hasil sepakan penjuru Mohammed Kudus yang disambut Rodrigo Bentancur sebelum Van de Ven menanduk masuk dari jarak dekat.

Everton hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak jauh James Garner namun diselamatkan penjaga gol Guglielmo Vicario, sebelum jaringan Jake O’Brien dibatalkan VAR kerana ofsaid.

Ketika tuan rumah semakin ghairah mencari gol, Van de Ven sekali lagi mencuri tumpuan apabila menanduk masuk sepakan penjuru Pedro Porro pada masa kecederaan babak pertama untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Frank yang terkenal dengan strategi bola mati sewaktu bersama Brentford mengakui ia memang menjadi senjata utama pasukannya.

“Set piece sangat penting. Kami berlatih keras dan Micky membuktikan hasilnya di padang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Everton yang dibarisi Jack Grealish dan Iliman Ndiaye cuba bangkit selepas rehat, namun Spurs kekal kukuh bertahan.

Jaringan ketiga muncul pada minit ke-89 apabila Richarlison menanduk bola kepada Pape Sarr yang menyudahkannya dari jarak dekat untuk melengkapkan malam gemilang Spurs di bawah hujan lebat Merseyside.

Menerusi kemenangan terbabit, Tottenham kini hanya lima mata di belakang pendahulu Arsenal dan menandakan kebangkitan sebenar era baharu di bawah Thomas Frank.

Van de Ven wira Spurs benam Everton 3-0

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker