‘Sedia ubah bentuk badan demi watak’

‘Sedia ubah bentuk badan demi watak’

'Sedia ubah bentuk badan demi watak'
SEDIAKAN peruntukan ribuan ringgit beli baju untuk jaga imej bertudung dalam setiap watak yang dilakonkan.

Tanggungjawab sebagai pelakon bukan hanya memerlukan komitmen besar dalam menterjemahkan bakat lakonan atau beraksi di depan kamera, tetapi juga merangkumi pelbagai faktor dan elemen.

Bagi pelakon, Erysha Emyra, 26, dalam menjayakan sesuatu watak, penampilan dan imej juga perlu dititikberatkan dengan teliti dan ia juga menjadi satu tanggungjawab besar buatnya sebagai pelakon.

“Kalau ikut kiraan, memang setiap drama saya akan peruntukan ribuan ringgit hanya untuk pakaian.

“Sebab saya tahu, sebagai pelakon berhijab, kadang-kadang gaya kita nampak sama dalam setiap drama. Rambut tak boleh diwarnakan, jadi saya gunakan fesyen baju untuk ubah penampilan.

“Orang selalu cakap, ‘Eh, semua watak Erysha nampak lebih kurang saja’, jadi dengan pelaburan pada pakaian, sekurang-kurangnya setiap watak nampak ada identiti sendiri,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Menurutnya, rutin ini bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan sudah dilakukannya sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan pada 2022. “Sejak drama pertama lagi. Dari dulu memang Erysha suka beli dan simpan baju setiap watak.

“Sekarang kalau buka almari, ada koleksi baju karakter yang pernah saya lakonkan dan semuanya berbeza, cuma baju tidur saja yang selalu berulang (ketawa),” katanya.

Dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Satu, Dua. Dia, Erysha turut menitikberatkan sudut imej yang sesuai dengan watak Mia yang dilakonkannya.

“Untuk Satu, Dua. Dia?, saya ambil inisiatif sendiri untuk upah penata gaya peribadi. Kami selongkar almari baju di rumah dan ‘mix & match’ jadi gaya baharu.

“Jadi kebanyakan baju, dalam 95 peratus memang milik saya sendiri. Hanya sedikit saja tambahan daripada jabatan pakaian (wardrobe) produksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Contohnya, saya pakai rekaan Melinda Looi, cantik sangat! Tapi selebihnya memang hasil penata gaya sendiri sebab saya memang suka terbabit dalam aspek fesyen watak,” katanya.

Bagaimanapun, Erysha menganggap ia adalah cara yang dia sendiri selesa dan tidak beranggapan setiap pelakon perlu melakukan perkara sama.

“Setiap orang ada cara dan pandangan sendiri. Kalau produksi sediakan, tentu lebih baik.

“Tapi kalau tak, saya tak kisah gunakan duit sendiri sebab bagi saya, ia adalah satu bentuk pelaburan. Ia bukan semata-mata untuk diri sendiri, tapi untuk kualiti karya juga,” katanya.

Selain hadir bersedia dengan pelbagai penampilan, anak kepada pelakon veteran, Datin Seri Noniswara Baharudin ini juga sanggup mengubah bentuk badannya sekiranya diperlukan untuk watak.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir, tapi saya terbuka. Asalkan ada pasukan yang kuat dan boleh bantu dari segi solekan, gaya tudung, dan pakaian, saya okay.

“Sebab sebagai pelakon bertudung, ruang transformasi itu agak terhad, jadi kalau ada peluang ubah imej, saya suka cabaran itu,” katanya.

Walaupun sering dilabel sebagai ‘terlalu cantik untuk watak selekeh’, Erysha sebenarnya berusaha keras untuk memastikan penampilannya nampak realistik.

“Tapi sebenarnya dalam drama sebelum ini, saya ada bawa watak gadis kampung yang hidup sederhana. Itu kali pertama saya betul-betul tampil selekeh, bahkan tudung sengaja direnyuk supaya nampak realistik.

“Mula-mula pihak produksi pun macam tak setuju sebab nak jaga penampilan di TV, tapi akhirnya mereka faham konsepnya. Bila episod keluar, ramai penonton perasan dan ada yang tanya sama ada gaya tudung itu sengaja dibuat begitu.

“Jawapannya, ya, memang sengaja. Saya nak nampak kelainan dan realistik, jadi bila orang komen begitu, saya rasa seronok sebab mereka perasan usaha kecil itu,” katanya.

Berbalik kepada drama bersiri Satu, Dua. Dia? arahan Datuk Yusry Abdul Halim, Erysha menggalas tanggungjawab untuk menjayakan watak sebagai Mia.

“Dalam siri Satu, Dua. Dia?, saya memegang watak sebagai Mia.

Mia ini sebenarnya seorang gadis yang agak ‘nerd’, tapi pada masa sama dia ada jiwa yang sangat minat pada fesyen, drama dan gosip.

“Cuma dalam kehidupan sebenar, dia sering rasa terasing, kawan-kawan susah nak rapat sebab minat mereka berbeza.

“Kawan-kawan dia lebih kepada muzik pop Melayu dan band, sedangkan Mia tak begitu. Jadi bila mereka keluar ke acara sesi ramah mesra bersama artis, Mia selalu ditinggalkan.

“Disebabkan itu, Mia banyak habiskan masa dengan komputer riba dan mencipta satu blog tempat meluahkan semua perasaan yang terpendam.

“Di rumah pun, ibu bapa Mia jarang ada masa dengannya sebab sibuk bekerja. Jadi dia sering rasa sunyi dan keseorangan. Itu sedikit sebanyak mengenai karakter Mia,” katanya.

Satu, Dua. Dia? yang ditayangkan bermula 23 Oktober 2025 di Viu turut membariskan barisan pelakon antaranya Erysha, Ariel Fesol, Zarif Ghazzi, Afiq Hamidon, Rizal Rasid dan Fimie Don.

‘Sedia ubah bentuk badan demi watak’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker