Ratusan penumpang LRT jalan kaki di landasan
Ratusan penumpang LRT jalan kaki di landasan

JAKARTA – Seramai 653 penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terpaksa berjalan kaki di landasan susulan gangguan bekalan elektrik di laluan LRT Jabodebek, Indonesia, lapor portal berita Harian Jogja.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok menunjukkan penumpang-penumpang berjalan dalam barisan sambil membawa barangan mereka.
Pengurus Perhubungan Awam LRT Jabodebek, Mahendro Trang Bawono berkata, gangguan itu bermula sekitar pukul 8.41 pagi (waktu tempatan) semalam.
“Tenaga elektrik yang terputus menyebabkan seluruh rangkaian LRT tergendala dengan lima kereta api terhenti di landasan.
“Semua penumpang berjaya dipindahkan sebelum pukul 10.06 pagi (waktu tempatan) tanpa sebarang kecederaan,” kata Mahendro.
Tambah beliau, perkhidmatan LRT Jabodebek telah kembali beroperasi seperti biasa. – AGENSI
Ratusan penumpang LRT jalan kaki di landasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.