Liverpool jatuh ditimpa tangga

Liverpool jatuh ditimpa tangga

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Arsenal yang menewaskan Crystal Palace 1-0 di Emirates, semalam.

Harapan tinggi penyokong The Reds untuk melihat skuad kendalian Arne Slot meneruskan kebangkitan selepas menang bergaya 5-1 ke atas Eintracht Frankurt dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) hancur berkecai apabila tewas 2-3 di Brentford sekali gus kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan EPL musim ini.

Daripada pasukan yang kelihatan begitu tenang dan tersusun musim lalu, skuad Slot seperti tidak mengambil iktibar daripada tiga kekalahan liga sebelumnya dan kini kelihatan jauh daripada pasukan yang mampu menjuarai liga dengan mudah.

Pihak lawan kelihatan lebih lapar, garang dan pantas daripada Liverpool dan ia terbukti apabila ketinggalan dalam enam perlawanan berturut-turut. Mereka juga bergelut melakukan perkara asas manakala sepakan percuma dan sudut kekal menjadi masalah serta terus melepaskan gol-gol mudah.

Liverpool jatuh ditimpa tangga
REAKSI Slot bersama Mohamed Salah dan Joe Gomez selepas tewas di tangan Brentford. FOTO Reuters

Masih ada 28 perlawanan untuk dimainkan, tetapi jika dibandingkan dengan keteguhan dan keyakinan Arsenal sebagai pendahulu ketika ini, nampaknya Liverpool boleh melupakan impian untuk mempertahankan kejuaraan liga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Tiada siapa menjangka situasi mereka sebegini memandangkan kualiti pemain yang dibawa masuk. Dengan pemain-pemain baharu gagal menyerlah dan ramai yang lain beraksi di bawah tahap terbaik, sukar untuk melihat bagaimana Liverpool mampu mengumpul jumlah mata yang diperlukan oleh pasukan juara.

Mereka masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan ini, tetapi jelas tiada penyelesaian pantas. Lebih banyak penderitaan jangka pendek mungkin menanti ketika Slot berusaha menghentikan kemerosotan dan Aston Villa mungkin menambah parah luka penyokong Liverpool apabila berkunjung ke Anfield pada hujung minggu ini.

Liverpool jatuh ditimpa tangga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker