Kes gaduh: Usahawan hartanah tak mengaku salah buat khianat
Kes gaduh: Usahawan hartanah tak mengaku salah buat khianat

BESUT: Usahawan hartanah bersama adiknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kereta Perodua Bezza pada 23 Oktober lalu.
Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38 dan adiknya Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31, membuat pengakuan itu serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fadhli Mahmud.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan khianat dengan sengaja merosakkan kereta Perodua Bezza milik seorang wanita sehingga menyebabkan kerosakan dengan jumlah kerugian RM5,000.
Azlan dan Mustakim didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan rumah di Kampung Pengkalan Buluh, Jalan Tok Raja, di sini, kira-kira jam 11 malam pada 23 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Peguam Ahmad Adha Amir Yasser tidak membuat rayuan jumlah jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin setiap seorang berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa.
Sebutan semula kes pada 24 November 2025 di Mahkamah Majistret Besut untuk serahan dokumen.
Sementara itu Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31, turut berdepan satu lagi pertuduhan dia bersama tiga lagi individu dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada Wan Hafizie Wan Mohamad, 36.
Mustakim, Ramli Mohd, 56, Muhammad Shafiq Hakimi Hussain, 21, serta Muhammad Haiqal Mirzan Mohd Mazli, 23 mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa Wan Hafizie Wan Mohamad di beberapa bahagian badan di hadapan rumah di Kampung Pengkalan Buluh, Jalan Tok Raja, di sini, kira-kira jam 11 malam pada 23 Oktober lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM 1,500 dengan seorang penjamin setiap seorang berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa.
Dalam mahkamah yang sama, mangsa Wan Hafizie Wan Mohamad, 36, turut didakwa melakukan kekerasan kepada Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38 hadapan rumah di Kampung Pengkalan Buluh, jalan Tok Raja, di sini, kira-kira jam 11 malam pada 23 Oktober lalu.
Wan Hafizie didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Wan Hafizi diwakili peguam Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar. Mahkamah membenarkan Wan Hafizi diikat jamin RM 500.
Kes gaduh: Usahawan hartanah tak mengaku salah buat khianat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.