Helikopter, jet pejuang Amerika terhempas di Laut China Selatan

Helikopter, jet pejuang Amerika terhempas di Laut China Selatan

Helikopter, jet pejuang Amerika terhempas di Laut China Selatan
Gambar menunjukkan helicopter MH-60R Sea Hawk milik Tentera Laut AS. – AFP

WASHINGTON – Sebuah helikopter dan jet pejuang, yang kedua-duanya sedang menjalankan operasi rutin dari kapal induk USS Nimitz, terhempas di Laut China Selatan selang 30 minit antara satu sama lain, kata Armada Pasifik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan.

​Helikopter MH-60R Sea Hawk milik Tentera Laut AS terhempas kira-kira pukul 2.45 petang (waktu tempatan) semalam.

“Kesemua tiga kru berjaya diselamatkan,” kata Tentera Laut AS.

Tidak lama kemudian pada pukul 3.15 petang, sebuah jet pejuang F/A-18F Super Hornet yang ditugaskan kepada skuadron VFA 22 juga terhempas di perairan Laut China Selatan semasa menjalankan operasi rutin dari kapal Nimitz.

​Kedua-dua kru pesawat berjaya mengaktifkan kerusi anjal masing-masing untuk menyelamatkan diri, kata Tentera Laut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


​”Semua anggota tentera yang terlibat selamat dan dalam keadaan stabil. Punca kedua-dua insiden sedang disiasat pada masa ini,” kata Armada Pasifik AS dalam kenyataannya. – AGENSI

Helikopter, jet pejuang Amerika terhempas di Laut China Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker