Guru terkejut, pelajar beri ‘MC’ untuk esok

Guru terkejut, pelajar beri ‘MC’ untuk esok

Guru terkejut, pelajar beri ‘MC’ untuk esok
Tangkap layar video menunjukkan guru itu terkejut selepas mendengar jawapan Fahri. – TikTok

JAKARTA – Seorang guru di Indonesia terkejut apabila salah seorang pelajarnya memberikan sijil cuti sakit (MC) untuk keesokan hari, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kalbarfyi menunjukkan guru tersebut bertanya kepada pelajar yang hanya dikenali sebagai Fahri, mengenai sijil cuti sakit yang diletakkan di atas mejanya.

“Fahri, sijil cuti sakit ini untuk esok?” tanya guru tersebut.

Dia kemudian terkejut apabila Fahri memberitahu bahawa dokumen tersebut akan digunakan untuk keesokan hari.

Rakaman video itu mencatatkan lebih 2.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Jangan main tuduh, mana tahu dia kena jalani pembedahan,” kata seorang netizen.

“Sakit boleh tempah rupanya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Guru terkejut, pelajar beri ‘MC’ untuk esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker