Guardiola tetap puas, City ‘tumbang bergaya’ di Villa Park
Guardiola tetap puas, City ‘tumbang bergaya’ di Villa Park

London: Pep Guardiola enggan panik biarpun Manchester City tersungkur 0-1 di tangan Aston Villa, menamatkan rekod tanpa kalah mereka sejak Ogos lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Menurut Guardiola, skuad bimbingannya sebenarnya beraksi dengan baik tetapi kurang agresif terutama di babak pertama, sekali gus gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.
“Kami mulakan perlawanan dengan baik, namun tekanan (pressing) di babak pertama tidak cukup kuat. Separuh masa kedua lebih baik, tapi kami tidak dapat menjaringkan gol.
“Secara keseluruhan saya puas hati dengan prestasi pemain. Mereka bermain dengan baik dan semakin meningkat. Ini sebahagian daripada perjalanan panjang kami akan belajar dan bangkit semula,” katanya kepada Sky Sports.
City yang tewas dua kali berturut-turut pada Ogos, bangkit dengan kutipan 13 mata daripada lima aksi berikutnya serta tidak kalah dalam sembilan perlawanan sebelum ke Villa Park.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Bagaimanapun, rentetan positif itu berakhir selepas gawang mereka dibolosi satu-satunya gol perlawanan, sekali gus menyebabkan City kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Arsenal.
Guardiola bagaimanapun optimis skuadnya akan kembali ke landasan kemenangan menjelang aksi menentang Bournemouth minggu depan.
“Perjalanan masih panjang. Kami akan terus berada dekat dengan pendahulu, dan saya yakin pasukan ini akan semakin kuat,” katanya penuh keyakinan.
Guardiola tetap puas, City ‘tumbang bergaya’ di Villa Park
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.