Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
Sebelum penulis mengupas dengan lebih jauh mengenai lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia, penulis ingin membuat pengakuan bahawa penulis bukanlah penyokong tegar Anwar Ibrahim.
Tetapi sebagai seorang yang rasional, tidak kira sama ada kita bersetuju atau tidak dengan seseorang ahli politik, kita mestilah bersikap jujur dalam memberikan pendapat kita.
Yang benar, mestilah dikatakan benar, walau pun ianya datang dari seorang ahli politik yang sering kita kritik.
Dan yang salah, mestilah dikatakan salah, walau pun ianya datang dari ahli politik yang kita sokong.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menjejakkan kaki ke bumi Malaysia yang tercinta ini.
Seperti yang telah diumumkan oleh White House, Trump akan berada di Malaysia selama 2 hari, 26/20/25 hingga 27/20/25.
Sebaik sahaja Trump menjejakkan kaki di bumi Malaysia, beliau telah disambut oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Trump telah diberikan penghormatan sebagai tetamu negara sebagaimana selayaknya beliau terima.
Isu yang paling hangat dikupas oleh netizen Malaysia adalah insiden di mana Trump dan Anwar Ibrahim dilihat cuba mengikuti rentak tarian pasukan kebudayaan.
Ramai yang mencemuh dan tidak kurang juga yang mengkritik Anwar kerana turut sama menari bersama Trump.
Kritikan yang paling tidak masuk akal datangnya dari presiden parti Pejuang, Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, beliau tidak fikir Anwar akan bertegas dengan Trump mengenai isu Palestine selepas melihat Anwar menari bersama Trump di lapangan terbang.
Penulis tertanya-tanya, di manakah kematangan Mukhriz di dalam berpolitik?
Hanya kerana insiden yang tidak sampai satu minit, Mukhriz cuba mengaitkannya dengan pendirian tegas kerajaan di dalam isu Palestine.
Bagi penulis, apa yang kita lihat itu hanyalah reaksi spontan Trump.
Dan sebagai tuan rumah yang menyambut ketibaan tetamu negara, apakah respon dari Anwar yang Mukhriz mahu?
Bermasam muka atau memarahi Trump atau pergi meninggalkan Trump sendirian?
Malaysia Mesti Bijak Bila Berhadapan Dengan Kuasa Besar

Ramai yang mengkritik kerajaan bila menjemput Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke 13.
Kalau diikutkan emosi, penulis sendiri marah dan tidak bersetuju dengan jemputan Donald Trump.
Mengapa tidak dijemput Presiden Putin dari Rusia,?
Bukankah Donald Trump adalah sekutu kuat regim Zionis yang telah membunuh lebih dari 70,000 rakyat Palestine?
Kenapa masih mahu dijemput setan yang bertopengkan manusia ini?
Tetapi kita mesti sedar diri.
Malaysia adalah sebuah negara kecil dan Amerika Syarikat adalah sebuah kuasa besar dunia.
Amerika masih lagi merupakan negara perdagangan terbesar Malaysia di mana perdagangan antara Malaysia dengan Amerika banyak menguntungkan Malaysia.
Masih ingat lagi apa yang Dr Mahathir lakukan ketika lawatan beliau ke China sebagai perdana menteri kali kedua?
Sikap keras beliau yang mengkritik China di bumi China telah mengakibatkan harga sawit kita jatuh merudum.
Siapakah yang menjadi mangsa apabila pemimpin utama negara bertindak kurang bijak bila berhadapan dengan kuasa besar dunia.
Trump dijemput atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi negara ASEAN dan dipersetujui oleh kesemua pemimpin utama negara ASEAN.
Apa respon Amerika apabila mendapat tahu Malaysia enggan menjemput Trump walau pun 9 pemimpin negara anggota yang lain mahu menjemput presiden mereka.
Bukankah ini bermakna Malaysia sudah mengisytiharkan permusuhan terbuka dengan sebuah kuasa besar dunia?
Kepada pengkritik Anwar, sila bertenang.
Trump datang ke Malaysia bukan kerana kagum atau mahu berjumpa Anwar.
Beliau datang ke Malaysia kerana jemputan pemimpin negara ASEAN dan mahu dilihat dunia sebagai pendamai antara Cambodia dan Thailand.
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.