Suami berjalan masuk balai polis, mengaku bunuh isteri di hotel

Suami berjalan masuk balai polis, mengaku bunuh isteri di hotel

Suami berjalan masuk balai polis, mengaku bunuh isteri di hotel
SEORANG suami dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh isterinya. – Foto

SINGAPURA – Seorang warga Indonesia dikenali sebagai  Salehuddin didakwa di sebuah mahkamah kerana membunuh isterinya di hotel penginapan mereka di Singapura, lapor portal berita MSNews hari ini.

Lelaki berusia 41 tahun itu didakwa membunuh isterinya yang berusia 38 tahun, Nurdia Rahmah Rery, di sebuah hotel di Chinatown.

Pada pagi semalam, Salehuddin berjalan masuk ke Balai Polis Kejiranan Bukit Merah East dan mengaku telah membunuh isterinya.

Jika sabit kesalahan atas tuduhan membunuh, dia berdepan hukuman mati.

Apabila diminta memberi maklum balas, Salehuddin memohon untuk didakwa dan dijatuhkan hukuman di Indonesia.

Namun, Hakim Tan Jen Tse berkata, beliau belum boleh menerima permohonan sedemikian kerana kes itu masih di peringkat awal membantah keputusan tersebut dengan berkata: “Saya bantah, Yang Arif. Hukuman bagi kes ini ialah hukuman mati.”

Hakim kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya Salehuddin ditahan bagi menjalani penilaian psikiatri selama tiga minggu.

Kes itu ditangguhkan ke 14 November depan. – AGENSI

Suami berjalan masuk balai polis, mengaku bunuh isteri di hotel

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker