Pemandu lori dilarikan sejauh 34km sebelum ditinggalkan dengan tangan terikat, mata ditutup

Pemandu lori dilarikan sejauh 34km sebelum ditinggalkan dengan tangan terikat, mata ditutup

Pemandu lori dilarikan sejauh 34km sebelum ditinggalkan dengan tangan terikat, mata ditutup
Seorang pemandu lori ditemui dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup dengan pita pelekat di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan, Raub, selepas dilarikan tiga lelaki sejauh 34 kilometer dari Bentong, malam tadi. FOTO /Ihsan PDRM

RAUB: Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila dilarikan tiga lelaki sejauh 34 kilometer dari Bentong ke Raub sebelum ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan tangan terikat dan mata ditutup, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman, berkata kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu disedari seorang lelaki India yang menemui mangsa berusia 37 tahun dalam keadaan terikat dan meminta tolong di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan, Raub.

“Sepasukan anggota peronda polis kemudian digerakkan ke lokasi sebelum membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori treler membawa muatan besi dari Balakong, Selangor ke Gua Musang, Kelantan, singgah berehat di sebuah warung makan di sempadan Bentong–Raub untuk mandi dan menukar pakaian sebelum diserang.

“Ketika selesai mandi, mangsa didatangi dua lelaki India dan seorang lelaki Melayu yang terus mengikat tangannya menggunakan pengikat kabel sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Selepas kira-kira sejam berada di dalam kenderaan itu, mangsa diturunkan di tepi jalan berhampiran Taman Sri Wawasan dalam keadaan mata ditutup dengan pita pelekat hitam,” katanya.

Menurutnya, siasatan turut mendapati motif utama kumpulan suspek adalah untuk melarikan lori treler yang membawa muatan besi berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya.

Pemandu lori dilarikan sejauh 34km sebelum ditinggalkan dengan tangan terikat, mata ditutup

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker