Pelbagai alasan elak nikah, janda ‘terkandas’ hampir sebulan di rumah duda
Pelbagai alasan elak nikah, janda ‘terkandas’ hampir sebulan di rumah duda

JOHOR BAHRU: Seorang janda dari Perak yang memberi alasan datang ke Johor untuk menguruskan perkahwinannya dengan seorang duda ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di daerah ini, semalam.
Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa pada jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung pasangan terbabit yang dipercayai bersekedudukan hampir sebulan lalu.
“Selepas pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian seluar pendek dan berbaju T membuka pintu. Keadaan rumah ketika itu gelap sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan,” menurut kenyataan itu.
Menurut JAINJ, rumah kampung berkenaan disewa lelaki berusia 20-an dan pemeriksaan mendapati keadaan dalam rumah agak berselerak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berstatus duda tanpa anak, manakala wanita itu janda juga tanpa anak.
“Apabila ditanya mengenai hubungan mereka, lelaki berkenaan tidak menjawab dan hanya merayu supaya tidak ditahan, wanita itu pula mengaku lelaki itu bakal suaminya,” kata JAINJ.
Wanita itu mendakwa berkenalan dengan lelaki berkenaan melalui media sosial, sebelum datang dari Perak ke Johor untuk menguruskan pernikahan mereka. Namun, selepas tiba di daerah ini, lelaki berkenaan memberi pelbagai alasan kononnya sukar mendapatkan surat cerai daripada bekas isterinya.
“Disebabkan itu, wanita berkenaan terkandas dan tinggal di rumah lelaki berkenaan hampir sebulan,” menurut kenyataan itu.
Menurut JAINJ, alasan diberikan lelaki itu tidak berasas memandangkan tiada halangan untuk mendapatkan surat cerai sekiranya proses perceraian disahkan.
Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat, sebelum dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Pelbagai alasan elak nikah, janda ‘terkandas’ hampir sebulan di rumah duda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.