Naib Ketua Pemuda PAS Johor maut nahas
Naib Ketua Pemuda PAS Johor maut nahas

JOHOR BAHRU: Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Muhammad Ariff Haron, maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 48.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara ketika dalam perjalanan menghadiri program parti di Pagoh.
Ketua Pemuda PAS Johor, Mohd Ridhwan Salamun, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian menimpa Allahyarham Muhammad Ariff, 33, pada jam 11.54 pagi tadi.
Katanya, Allahyarham menunggang motosikal dan terbabit kemalangan dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke program Pemukiman Pemuda PAS Johor di Pagoh.
“Difahamkan, awal pagi tadi Allahyarham keluar menghantar tiga anak dan isterinya di rumah mentuanya, di Ulu Tiram dengan menaiki kereta.
“Dari rumah mentuanya, Allahyarham menunggang motosikal seorang diri menuju ke Pagoh untuk mengikuti program parti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Allahyarham tidak sempat mengelak sebuah kenderaan yang sedang berhenti di laluan kecemasan. Mangsa parah dan terbaring atas jalan sebelum dibantu sekumpulan penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Ridhwan berkata Muhammad Ariff adalah Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Negeri Johor.
“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat perjuangan serta seluruh warga besar PAS Johor,” katanya.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Mukminin Bandar Tiram di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil dengan yang sulung berusia enam tahun
Naib Ketua Pemuda PAS Johor maut nahas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.