Dua lelaki ditahan, lebih 700kg daun ketum dirampas
Dua lelaki ditahan, lebih 700kg daun ketum dirampas

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki dan merampas 759 kilogram (kg) daun ketum serta 600 mililiter (m) air ketum di tepi jalan di Kampung Kulim, dekat Jeli, hari ini.
Mereka ditahan jam 11 pagi ketika Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah Jeli membuat rondaan.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata polis menahan dua lelaki itu yang menaiki sebuah kenderaan dari Jeli ke Ayer Lanas dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pihak polis mengarahkan kereta yang dinaiki suspek berhenti di bahu jalan dengan menggunakan pembesar suara serta membunyikan siren.
“Hasil pemeriksaan di dalam kereta, pihak polis menjumpai barang salah dan berjaya menangkap kedua-dua suspek serta merampas 69 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum seberat 759kg.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Pihak polis turut merampas satu botol yang berisi cecair disyaki air ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod jenayah narkotik. Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ketamin.
Menurutnya, suspek akan direman untuk disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dua lelaki ditahan, lebih 700kg daun ketum dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.