Anggota trafik cedera dilanggar ketika iringi delegasi ASEAN
Anggota trafik cedera dilanggar ketika iringi delegasi ASEAN

KUALA LANGAT: Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas dilanggar pikap ketika mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kilometer (KM) 22.3 susur keluar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil arah utara Lebuhraya Elite, di sini, hari ini.
Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari ketika anggota terbabit menjalankan tugas pengiring konvoi rasmi.
“Mangsa berpangkat Koperal berusia 35 tahun yang menunggang motosikal Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) patah kaki bahagian betis kiri serta mengalami kecederaan di pergelangan kaki dan lutut kiri.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, kemalangan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap arahan pergerakan pasukan konvoi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung.
Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan anggota yang menaiki motosikal dilanggar sebuah pikap di laluan kiri lebuh raya terbabit.
Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.