Sunderland terus cipta sensasi di EPL

Sunderland terus cipta sensasi di EPL

Sunderland terus cipta sensasi di EPL
SUNDERLAND bakal berdepan Chelsea hujung minggu ini. FOTO Reuters

London: Sunderland terus mencipta kejutan selepas tampil cemerlang dalam dua bulan pertama musim ini biarpun sebelum ini diramal akan kembali semula ke divisyen kedua sebaik sahaja dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Regis Le Bris itu kini mengumpul 14 mata daripada lapan perlawanan untuk berada di tangga ketujuh, satu mata di belakang juara bertahan Liverpool dan berkongsi mata dengan Chelsea yang menghuni tempat kelima menjelang aksi di Stamford Bridge, Sabtu ini.

Selepas tersingkir daripada EPL pada 2017 apabila menamatkan saingan di tangga tercorot dengan hanya 24 mata, Sunderland terperangkap dalam kemerosotan yang menyaksikan mereka menghabiskan empat musim di Liga Divisyen Tiga sebelum kembali ke Liga Kejuaraan menerusi playoff 2022.

Apabila bekas pengendali Lorient, Le Bris, dilantik sebelum musim lalu, ramai penyokong Sunderland tertanya-tanya siapa jurulatih dari Perancis itu, namun langkah berkenaan terbukti bijak apabila dia berjaya membawa The Black Cats kembali ke EPL menerusi kemenangan dramatik dalam final playoff menentang Sheffield United.

Setakat ini pelaburan itu berbaloi apabila pemain seperti Granit Xhaka, Enzo Le Fee dan Omar Aldarete tampil menyerlah.

Jumlah mata Sunderland selepas lapan perlawanan turut berada dalam kelompok terbaik sejarah kelab yang baru dinaikkan ke EPL.

“Saya tak sangka seorang pemain boleh beri impak sebesar ini, tapi Xhaka benar-benar pembakar semangat yang hebat. Dia naikkan standard pasukan,” kata pertahanan Sunderland, Dan Ballard.

“Setiap kali latihan, semua orang nak tunjukkan sesuatu untuk membuatkan dia kagum.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Sunderland juga menjadi antara pasukan sukar ditewaskan apabila hanya bolos enam gol setakat ini, catatan yang hanya dibezakan oleh pendahulu liga, Arsenal.

Bagaimanapun, benteng kukuh itu bakal diuji apabila mereka berkunjung ke Chelsea, yang kini memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam semua kejohanan selepas membelasah Ajax Amsterdam 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Ia permulaan yang baik untuk kami, menunjukkan pasukan ini konsisten dan fleksibel,” kata Le Bris.

“Chelsea pasukan elit, mereka boleh bermain 60 perlawanan semusim, memiliki skuad muda dan dinamik. Satu contoh hebat untuk kami… dan juga ujian besar.”

Sementara itu, Arsenal turut membara selepas membenam Atletico Madrid 4-0 dalam Liga Juara-Juara, dan akan memburu kemenangan ketujuh berturut-turut apabila menanti kunjungan Crystal Palace di Emirates, Ahad ini.

Skuad Mikel Arteta kini mendahului liga dengan kelebihan tiga mata ke atas Manchester City, yang akan berdepan Aston Villa pada hari sama.

Liverpool pula menamatkan rentetan empat kekalahan dengan kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt, namun bakal diuji Brentford.

Dalam perlawanan lain, Manchester United di bawah kendalian Ruben Amorim akan cuba meneruskan kebangkitan selepas menewaskan Liverpool minggu lalu apabila menerima kunjungan Brighton, manakala Newcastle menentang Fulham, dan Nottingham Forest yang kini dibimbing Sean Dyche akan berkunjung ke Bournemouth.

Sunderland terus cipta sensasi di EPL

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker